Ahad, 21 Mac 2010

NURKILAN KHAS WARISAN DIRAJA: MENAIKKAN KEMBALI MARTABAT DIRAJA MENYUSURI KEMBALI RINTIHAN BANGSA

Nurkilan Khas Warisan Diraja :-

Serumpun Kita Bangsa Diraja
Ke Mana Pergi Membawa Nama
Jangan Mudah Mencemar Nama
Berdarah Raja Mussibah Hiba

Takkala Ujian Menguji Diri
Turun Darjat Penuh Rehda
Tersisir Diri Mengharungi Sendiri
Tetap Menghulur Jasa Pertiwi

Penuh Ranjau Anak Raja
Berkelana Sendiri Membawa Diri.
Luhur Niat Memberi Bakti
Susah Senang Mengalas Sendiri.

Jika Hak Empunya Diri
Akan Semula Mewarisi Kembali
Bertambah Teguh Semangat Diri
Bersikap Adil, Tanggungjawab Pemerintah

Biar Tinggi Darjat Diri
Berbadan Raja Warisan Diri
Berjiwa Rakyat Perhias Diri
Menjadi Tauladan Serata Negeri

Pemimpin Sebenar Sukar Di Cari
Alurnya Jua Dari Hati
Sungguh Hati Beronak Duri
Takkan Sekali Mengalah Pasti

Bukan Untuk Menjadi Sanjungan
Diri Pasti Dihitung Kembali
Hari Kebangkitan Semestinya Pasti
Bakti Ditabur Buat Akhirat.

Menaikkan Kembali Martabat Diraja
Menyusuri Kembali Rintihan Bangsa
Seindah Bahasa Seindah Rupa
Kitalah Amanah Warisan Diraja

Timbul Ia Di Tanah Palembang.
Warisannya Dari Raja Iskandar Zul-Karnain,
Pancar Dari Raja Sulaiman Alaihi S-Salam
Dirgahayu Mahkota Raja Melayu


Nurkilan - Ku Alam @ Tengku Adha